skip to main |
skip to sidebar
Istanbul Aku Datang 2012 DVDRip Full Movie

Plot Movie: Dian
adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu –
untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini
sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya
enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke
Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh
segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad
sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di
Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian
akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian
menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang
lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia
tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk
pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu
sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh
kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka
tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras
bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun
bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman
serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa
merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia
mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki!
Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan
berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari
Azad?
BILLIONUPLOADS
0 comments:
Post a Comment