Dalam Hati Ada Taman
Drama bersiri 13 episod Dalam Hati Ada Taman akan ditayangkan pada 29 Oktober di Astro Ria.
Sinopsis Drama :-
Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian
membesarkan anak perempuannya Bella(Elfira) di kota Paris. Dia sanggup
lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan
dengan sempurna. Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan
ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy yang turut sama
bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang
seksi iaitu Sofea(Hanez Suraya).
Bella dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial.
Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy (Randy Pangalila) menyamar
sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam
diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.
OST Dalam Hati Ada Taman



0 comments:
Post a Comment